Ketika ini,lucius dan niobe masih belum kenal antara satu
sama lain.masing-masing mempunyai kehidupan mereka sendiri.mereka berdua tidak
tahu yang suatu hari nanti kisah mereka akan ditulis di dinding-dinding forum
di kota Rome.lucius juga tidak tahu pada suatu hari nanti lucius akan
menyayangi niobe lebih dari segala-galanya.lucius tidak tahu tahu yang perasaan
ingin berkomitmen dan ingin berkeluarga begitu kuat dan berkembang subur di
dalam hati lucius semasa lucius mengenali niobe.
Bagi diri niobe pulak,suatu hari nanti,pengenalanya dengan
lucius hanyalah sekadar kawan-kawan biasa.tiada apa yang berubah di dalam hati
niobe.dia masih lagi bersama marcus Antonius.dia masih lagi menyintai marcus
Antonius.lucius bagi niobe tidak membawa apa-apa makna di dalam kehidupannya.
Ostia.
Lucius sedang membaca satu surat yang diberikan kepadanya
oleh pegawai unit.surat penting yang akan membawa lucius ke niobe.
“surat….balik ke Rome eh?”sampuk titus.
“a ah.yer,surat pelepasan aku…..” kata lucius perlahan.
“ko pon dapat kan?” sambung lucius.
“yupp..entahla,terasa berat nak tinggalkan legion nih.nanti
kat Rome apa aku nak buat?dari kecik memang aku bersama-sama dengan legion
nih.aku bukan reti hidup bermasyarakat.”keluh titus.
Benar kata titus.6 tahun pergi berperang demi menegakkan
kemegahan Rome cukup lama buat titus untuk kembali hidup bermasyarakat.begitu
juga dengan lucius.entah apa yang akan dia lakukan bila kembali ke Rome nanti.
“bila nak balik? Tanya lucius.
“minggu depan mungkin.aku perlukan masa dengan kawan-kawan
kat sini.enjoy sehabis mungkin dengan mereka dulu..hahaha.” gelak titus.
Lucius tersenyum panjang.jauh matanya melihat ke dalam
padang bertentangan dengan kem mereka.sayu.
“aku balik dengan kaulaah..” kata lucius.
Titus Cuma tersenyum dan menganggukkan kepalanya tanda
setuju…
Bersambung…